”PENDIDIKAN PULAU PINANG DI PERSADA ANTARABANGSA”

Wednesday, February 25, 2009

Aplikasi D0 versi 3a

Semua Sekolah Rendah boleh download Aplikasi D0 versi 3a di link Download Aplikasi di sebelah.
Aplikasi ini digunakan untuk mendaftar nama dan maklumat kanak-kanak yang memohon belajar ke Tahun 1 2010 dan seterusnya.
Proses Pendaftaran Masuk ke Tahun 1 bagi sesi 2010 akan bermula pada 1 Mac hingga 31 Mac 2009 ini.

Saturday, February 21, 2009

Makluman

Mulai 23 Februari 2009 semua sekolah-sekolah Daerah Barat Daya boleh menggunakan link PROTIM pada Unit Pengurusan Akademik untuk mendapatkan maklumat, download dan upload data berkaitan program PROTIM. Diharap laman ini dapat meningkatkan kualiti pengurusan program ini antara pihak sekolah dengan PPD Barat Daya.
Terima kasih.

Sunday, February 1, 2009

Peringatan

Sila pastikan Data SMM dan BMM dikemaskini untuk kutipan data berasaskan pada 31 Januari 2009.
Guru Data atau Guru Penyelaras Data SMM/BMM dikehendaki membawa data dan notebook masing-masing untuk disemak oleh Jurulatih/Kakitangan Sumber SMM/BMM pada 11 Februari 2009 seperti jadual berikut:-

Tarikh: 11 Februari 2009 (Rabu)
Tempat: Bilik Mesyuarat SK Balik Pulau
Masa : 08.30pg - 10.00pg Semua Sekolah Kebangsaan (SK)
10.30pg - 12.30th Semua Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC dan SJKT)
02.30ptg - 04.30ptg Semua Sekolah Menengah

Kerjasama tuan/puan sangat dihargai.
Diperingatkan kepada semua Guru Besar dan Pengetua: Kegagalan mengemaskini data SMM/BMM dengan tepat boleh mengakibatkan kegagalan murid-murid yang berhak menerima bantuan-bantuan KPM dan lain-lain agensi yang berkaitan.
Terima kasih.