”PENDIDIKAN PULAU PINANG DI PERSADA ANTARABANGSA”

Wednesday, April 2, 2008

Data Pendaftaran ke Tahun 1 2009

1. Proses Pendaftaran Kanak-Kanak yang lahir pada tahun 2002 untuk masuk ke Tahun 1 2009 telah berakhir pada 31/03/2008 yang lalu.
2. Pihak sekolah diingatkan supaya menyemak dan mengemaskini Data Pendaftaran terutamaya :-
i) Taraf Warganegara
ii) Tarikh Lahir yang betul mengikut Kohod Tahun Persekolahan
iii) Maklumat Ibubapa/Waris termasuk pendapatan
3. Sila lengkapkan maklumat pendaftaran ini menggunakan Aplikasi D0 Sistem Maklumat Murid (SMM)
4. Eksport Data D0 yang telah lengkap dan Upload ke PPD melalui link Upload di sebelah selewat-lewatnya akhir bulan April ini.
5. Adalah diingatkan bahawa maklumat D0 ini adalah penting bagi PPD dan JPN untuk merancang pembukaan kelas tahun hadapan dan membuat bidaan mendapatkan peruntukan bantuan untuk murid-murid yang layak.