”PENDIDIKAN PULAU PINANG DI PERSADA ANTARABANGSA”

Saturday, December 20, 2008

Semakan Tawaran Ke SBP

Semakan Tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh boleh dibuat di laman berikut :- "Klik di sini untuk Semakan Tawaran Ke SBP"

Tuesday, November 25, 2008

Pengesahan ke Tingkatan 1 / Peralihan

Peringatan

1. 15 Disember 2008 - Pengesahan dan Rayuan Murid Tahun 6 ke Tingkatan 1

2. 16 Disember 2008 - Tarikh tutup rayuan

3. 17 Disember 2008 - 12.00th Borang P09, Borang RT1,Disket dan Dokumen Rayuan sampai di PPD

4. 17 Disember 2008 - 12.00th Data Rayu.zip diupload ke http://rayusmjpnpp.blogspot.com

5. Pastikan disemak keputusan UPSR untuk menentukan kemasukan murid ke Tingkatan 1 atau Peralihan.

Saturday, November 1, 2008

Mesyuarat Penempatan Murid ke Tngkatan 1

Mesyuarat ini akan diadakan pada:-

Tarikh: 03 November 2008 (Isnin)
Masa: 2.30 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat PPD Barat Daya
d/a SK Balik Pulau
11000 Balik Pulau

Semua PK HEM Sekolah Rendah
SK/SJKC/SJKT diminta hadir.

* Sila bawa senarai nama murid Tahun 6
sekolah masing-masing.

T.Kasih.

Wednesday, September 24, 2008

Data Tahun 6 ke Ting 1 2009

Taklimat ini akan diadakan pada:-

Tarikh: 25 September 2008 (Khamis)
Masa: 2.30 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat PPD Barat Daya
d/a SK Balik Pulau
11000 Balik Pulau

Semua PK HEM atau Guru Data/Guru SMM
Sekolah Rendah SK/SJKC/SJKT diminta hadir.

T.Kasih.

Saturday, August 16, 2008

Taklimat SBP Ting 1 dan Ting 4 Tahun 2009

Prosedur Pencalonan dan Permohonan Masuk
ke Sekolah Berasrama Penuh Ting 1 / Ting 4 Tahun 2009


Tarikh: 26 Ogos 2008
Masa: 2.15 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat
PPD Barat Daya
d/a SK Balik Pulau
11000 Balik Pulau

Semua Pengetua SMK dan Semua Guru Besar SK
diminta hadir
T.Kasih.

Thursday, July 17, 2008

Mesyuarat PK HEM Sekolah Rendah

Mesyuarat Penempatan Murid ke Tahun 1 2009

Tarikh: 22 Julai 2008
Masa: 2.30 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat
PPD Barat Daya
d/a SK Balik Pulau
11000 Balik Pulau

Semua PK HEM Sekolah Rendah
SK/SJKC/SJKT diminta hadir
T.Kasih.

Saturday, July 5, 2008

Perjumpaan Bersama Timbalan Menteri Pelajaran

Perjumpaan Timbalan Menteri Pelajaran dengan semua Pengetua, Guru Besar dan Pegawai JPN dan PPD

Tempat : Dewan SMT TARP
Tarikh : 04 Julai 2008
Masa : 3.00 petang



* Powerpoint Taklimat boleh dimuat turun dari link di sebelah.

Friday, May 23, 2008

Peringatan Penting

Sila pastikan data sekolah anda ( SMM,BMM,SSDM,EMIS,D0 dan lain-lain ) dimuatnaik (upload) terus melalui link yang disediakan di laman ini. Jangan sekali-kali email data anda kepada pihak lain yang tidak berkenaan. Awas! Data sekolah adalah sulit.

Monday, May 19, 2008

Data SMM dan BMM

Semua sekolah (Rendah dan Menengah) dikehendaki menyemak dan membuat pengemaskinian data SMM & BMM. Pastikan maklumat semua murid yang ada di sekolah ada dalam sistem (Pra Sekolah hingga Tg 6 Atas). Data SMM & BMM (berasaskan pada 30 Jun 2008) akan dikutip pada 7 Julai 2008. Sila guna link "upload" di sebelah untuk menghantar data.

Wednesday, April 2, 2008

Data Pendaftaran ke Tahun 1 2009

1. Proses Pendaftaran Kanak-Kanak yang lahir pada tahun 2002 untuk masuk ke Tahun 1 2009 telah berakhir pada 31/03/2008 yang lalu.
2. Pihak sekolah diingatkan supaya menyemak dan mengemaskini Data Pendaftaran terutamaya :-
i) Taraf Warganegara
ii) Tarikh Lahir yang betul mengikut Kohod Tahun Persekolahan
iii) Maklumat Ibubapa/Waris termasuk pendapatan
3. Sila lengkapkan maklumat pendaftaran ini menggunakan Aplikasi D0 Sistem Maklumat Murid (SMM)
4. Eksport Data D0 yang telah lengkap dan Upload ke PPD melalui link Upload di sebelah selewat-lewatnya akhir bulan April ini.
5. Adalah diingatkan bahawa maklumat D0 ini adalah penting bagi PPD dan JPN untuk merancang pembukaan kelas tahun hadapan dan membuat bidaan mendapatkan peruntukan bantuan untuk murid-murid yang layak.

Saturday, March 22, 2008

e-GTukar

1. Pemohonan Pertukaran Guru Antara Negeri secara online akan dibuka mulai 1hb April hingga 30 hb April 2008.
2. Permohonan ini adalah untuk pertukaran 1 Jun 2008.
3. Keputusan pertukaran dijangka boleh diketahui mulai 23hb Mei 2008.
4. Sila ke alamat berikut untuk mendaftar dan mengisi maklumat pertukaran di http://apps.emoe.gov.my/epgo/ atau klik pada link e-GTukar di sebelah.

Sunday, February 10, 2008

MAKLUMAN

Mulai 16 Februari 2008, Pejabat Pelajaran Daerah Pulau dipecahkan kepada dua PPD iaitu PPD Timur Laut dan PPD Barat Daya.

PPD Timur Laut kekal di pejabat lama PPD Pulau iaitu di Jalan Sultan Ahmad Shah, manakala PPD Barat Daya akan beroperasi di Pejabat Sementara Tingkat 3, Sekolah Kebangsaan Balik Pulau, Jalan Permatang Tepi, Balik Pulau.

Mulai 18 Februari 2008, buat permulaan cuma urusan pertukaran murid sekolah rendah dan sekolah menengah akan mula diuruskan di pejabat ini.

Untuk proses permohonan pertukaran guru Dalam Daerah dan Antara Daerah, kaedah permohonan adalah seperti prosedur ISO yang telah ditetapkan. Borang-borang permohonan serta dokumen-dokumen sokongan hendaklah disokong oleh Pengetua/Guru Besar Sekolah dan dihantar ke PPD masing-masing. Pihak PPD akan panjangkan permohonan tersebut ke JPN seperti tarikh yang ditetapkan. Sila patuhi tarikh tutup permohonan seperti pekeliling peringatan yang dikeluarkan oleh JPN.

Untuk permohonan Pertukaran Guru Antara Negeri, guru-guru boleh memohon terus secara On-Line melalui talian yang dibuka oleh Bahagian Sekolah KPM. Taklimat dan tarikh buka /tarikh tutup permohonan akan diberitahu tidak lama lagi oleh KPM dan JPN.