”PENDIDIKAN PULAU PINANG DI PERSADA ANTARABANGSA”

Thursday, May 27, 2010

Kutipan Data Jun SMM Versi 4

Semua sekolah diingatkan supaya menyemak dan mengemaskini data SMM.
Pastikan data semua murid diisi lengkap dan tepat
Pastikan semua sekolah telah mengmaskini sistem menggunakan patch SMM 4.02 bertarikh 11/03/2010.
Sila laksanakan menu semak yang disediakan dan hapuskan jika ada bantuan bertindih.
Kutipan data kali ini berasaskan kedudukan murid pada 30 Jun 2010
Proses kutipan data peringkat daerah akan diadakan pada akhir minggu pertama Julai 2010. Sila eksport data sekolah anda dan hantar melalui link Upload Data SMM yang disediakan.
Sekian, kerjasama tuan/puan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Thursday, March 18, 2010

ABM Perjawatan 2011 - Sekolah Rendah

Tindakan SEGERA oleh semua Guru Besar Sekolah Rendah
1. Sila muat turun fail SR-1 (ABM Perjawatan 2011 Sekolah Rendah)
2. Isi semua maklumat dalam Borang SR-1 seperti panduan yang disertakan
3. Borang SR-1 yang telah dilengkapkan hendaklah dicetak dan dihantar ke Unit Sekolah Rendah, JPN Pulau Pinang u.p. En Anuar Ramli)
4. Satu salinan borang hendaklah dihantar ke PPD Barat Daya (u.p En Yusoff b Alaudin)
5. Tarikh akhir menghantar borang ialah pada 23 Mac 2010.

Thursday, February 11, 2010

Taklimat Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2011 & 2012

Taklimat berkaitan akan diadakan pada:-

Tarikh: 24 FEBRUARI 2010 (Rabu)
Tempat: Bilik Mesyuarat SK Balik Pulau
Masa : 9.30pg - 12.30 th

Semua PK HEM Sekolah Rendah diminta hadir.

Thursday, February 4, 2010

Patch Aplikasi SMM Versi 4.0

Aplikasi SMM versi 4.0 mengandungi beberapa ralat. Sila muat turun fail patch untuk mengemaskini/update Aplikasi SMM terkini, versi 4.01 di ruangan muat turun aplikasi.

Pengguna perlu "unzip" terlebih dahulu fail tersebut sebelum proses patch boleh dilaksanakan. Proses tersebut tidak akan menghapuskan data sedia ada. Sila pastikan pengguna telah menginstall aplikasi SMM versi 4.0 sebelum melaksana proses ini.

Tuesday, February 2, 2010

Kutipan Data SMM versi 4.0

Kutipan Data berasaskan pada 31 JANUARI 2010

Tarikh: 9 FEBRUARI 2010
Masa: 08.30pg-10.00 pg - Semua Sekolah SK
10.30 - 12.30 th - Semua SJKC dan SJKT
02.00 - 04.30 ptg- Semua Sekolah Menengah
Tempat: Bilik Mesyuarat, SK Balik Pulau

Semua Guru Penyelaras SMM atau Guru Data diminta hadir dan membawa Data dan Notebook masing-masing untuk disemak oleh JU.

Tuesday, December 29, 2009

Data Hari Pertama Sesi 2010

Sila ke link Sekolah Rendah untuk keterangan lanjut...

Wednesday, October 28, 2009

Data D6T1

Sila pastikan sekolah anda telah menghantar data Cadangan Penempatan Tahun 6 Ke Tingkatan satu (DATAD6T1.ZIP) sebelum 02 November 2009.
Sila layari http://d6t1.blogspot.com/