”PENDIDIKAN PULAU PINANG DI PERSADA ANTARABANGSA”

Monday, June 22, 2009

Mesyuarat PK HEM Sekolah Rendah

Mesyuarat Penempatan Murid ke Tahun 1 2010
Tarikh: 30 JUN 2009 (Selasa)
Masa: 2.30 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat PPD Barat Daya
d/a SK Balik Pulau
11000 Balik Pulau

Semua PK HEM Sekolah Rendah
SK/SJKC/SJKT diminta hadir.

T.Kasih.

Thursday, June 11, 2009

Penempatan ke Tahun 1 sesi 2010

Perhatian kepada semua Guru Besar Sekolah Rendah
1. Senarai Pendaftaran Murid ke Tahun 1 bagi sesi Tahun 2010 yang dikemukakan sedang disemak.
2. Senarai Penempatan sedang disediakan dan akan dihantar ke sekolah pada awal bulan Julai ini.
3. Untuk mengelakkan keciciran nama murid, semua Permohonan Pertukaran Pendaftaran Dalam Daerah ditangguhkan dan waris boleh buat permohonan tersebut semasa proses rayuan penempatan semula pada 1 hingga 31 Ogos ini.
4. Jika ada permohonan pendaftaran lewat, sila minta waris berurusan terus dengan Pejabat PPD.
5. Sekiranya ada permohonan pertukaran pendaftaran Antara Daerah, sila bantu waris supaya membuat pendaftaran lewat ke daerah berkenaan dengan segera.

Wednesday, May 20, 2009

Analisis UPTP

Makluman kepada semua Guru Besar Sekolah Rendah

1. Format Borang Analisis UPTP boleh dimuat turun melalui link download Unit Sekolah Rendah.
2. Selepas data Analisis telah diisi, fail ini hendahlah diupload melalui link yang disediakan.
3. Fail yang telah diupload boleh disemak melalui link "Semak Sekolah Hantar"

Sila ambil tindakan segera. Terima kasih.

Data D0

Peringatan kepada semua Guru Besar Sekolah Rendah

1. Sila semak dan pastikan sekolah anda telah menghantar Data D0.
2. Senarai Penempatan Murid ke Tahun 1 2010 akan berasaskan data D0 yang telah dihantar.
Sila ke link Unit Sekolah Rendah untuk menyemak.

Wednesday, February 25, 2009

Aplikasi D0 versi 3a

Semua Sekolah Rendah boleh download Aplikasi D0 versi 3a di link Download Aplikasi di sebelah.
Aplikasi ini digunakan untuk mendaftar nama dan maklumat kanak-kanak yang memohon belajar ke Tahun 1 2010 dan seterusnya.
Proses Pendaftaran Masuk ke Tahun 1 bagi sesi 2010 akan bermula pada 1 Mac hingga 31 Mac 2009 ini.

Saturday, February 21, 2009

Makluman

Mulai 23 Februari 2009 semua sekolah-sekolah Daerah Barat Daya boleh menggunakan link PROTIM pada Unit Pengurusan Akademik untuk mendapatkan maklumat, download dan upload data berkaitan program PROTIM. Diharap laman ini dapat meningkatkan kualiti pengurusan program ini antara pihak sekolah dengan PPD Barat Daya.
Terima kasih.

Sunday, February 1, 2009

Peringatan

Sila pastikan Data SMM dan BMM dikemaskini untuk kutipan data berasaskan pada 31 Januari 2009.
Guru Data atau Guru Penyelaras Data SMM/BMM dikehendaki membawa data dan notebook masing-masing untuk disemak oleh Jurulatih/Kakitangan Sumber SMM/BMM pada 11 Februari 2009 seperti jadual berikut:-

Tarikh: 11 Februari 2009 (Rabu)
Tempat: Bilik Mesyuarat SK Balik Pulau
Masa : 08.30pg - 10.00pg Semua Sekolah Kebangsaan (SK)
10.30pg - 12.30th Semua Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC dan SJKT)
02.30ptg - 04.30ptg Semua Sekolah Menengah

Kerjasama tuan/puan sangat dihargai.
Diperingatkan kepada semua Guru Besar dan Pengetua: Kegagalan mengemaskini data SMM/BMM dengan tepat boleh mengakibatkan kegagalan murid-murid yang berhak menerima bantuan-bantuan KPM dan lain-lain agensi yang berkaitan.
Terima kasih.